GURU MUDA 1 MALAYSIA (GM1M)
Projek 1Bestarinet ini merupakan projek yang amat penting. Ia bertujuan untuk merapatkan dan menghubungkan jurang digital yang wujud. Kita ingin memberikan akses kepada sumber pembelajaran bertaraf dunia kepada semua pelajar di Malaysia. Adalah menjadi hak mereka untuk diberi pendedahan yang secukupnya terhadap pengalaman pembelajaran di abad ke 21.
KPI Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia
● Setiap guru muda akan mengajar satu kelas menggunakan Frog VLE sekurang-kurangnya sekali seminggu. Pelajar mesti log masuk dan berinteraksi dengan platform pembelajaran ini.
● Setiap guru muda akan melatih sekurang-kurangnya empat orang guru lain untuk menggunakan Frog VLE. Empat orang guru tersebut akan mengajar empat kelas yang berlainan menggunakan Frog VLE sekurang-kurangnya sekali seminggu. Pelajar mesti log masuk dan berinteraksi dengan platform pembelajaran ini.
PROGRAM JERAYAWARA NILAM : PENGUKUHAN PENGURUSAN NILAM UNTUK PENTADBIR SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH SABAK BERNAM 2015
Bengkel Pengukuhan Pengurusan NILAM Untuk
Pentadbir Sekolah-Sekolah Negeri Selangor 2015 perlu dilaksanakan bagi memberi
pendedahan yang mantap kepada pentadbir sekolah agar mereka ini memandang
serius terhadap program NILAM di sekolah masing-masing dan seterusnya
pencapaian 100% penglibatan pelajar dalam program ini dapat direalisasikan.
Jawatankuasa Gerakan Tabiat Membaca Sekolah-Sekolah Daerah Sabak Bernam telah melaksanakan program terbut pada 31 Mac 2015 bertempat di Pusat Kecemerlangan, PPD Sabak Bernam. Program ini telah dihadiri oleh Pegawai Pendidikan Daerah Sabak Bernam, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Daerah Sabak Bernam, pengetua, guru besar dan pentadbir sekolah daerah Sabak Bernam.
Program ini antara lain bertujuan untuk memberi pemahaman berkenaan pra pentingnya tabiat membaca
melalui Program NILAM di sekolah dalam mempertingkatkan pencapaian akademik. Pendedahan secara
total tentang Program NILAM melalui sesi ceramah, pembentangan kertas kerja dan pertunjukan video kepada peneraju sekolah diharapkan dapat memberi motivasi kepada pihak
sekolah untuk menggerakkan Program NILAM secara bersungguh-sungguh.
Portal Sumber Elektronik Perpustakaan Negara Malaysia
Perpustakaan
Negara Malaysia (PNM) menyediakan perkhidmatan akses percuma pangkalan
data atas talian (online databases) kepada semua pengguna Perpustakaan Jabatan
Kerajaan menerusi laman http://pnmdigital.gov.my/.
Di
antara pangkalan data yang boleh diakses menerusi Sumber Elektronik@PNM adalah
seperti berikut:
Britannica Online Library Edition
Zinio – akses kepada e-Majalah
terbitan Luar Negara
EBSCO Host
World Book Library
BLIS BERNAMA
Emerald Management Xtra
Credo Reference
Library PRESSDISPLAY
eBrary
Overdrive - peminjaman e-Buku secara
dalam talian
Selain dari pangkalan data tersebut
di atas, PNM juga turut menyediakan akses kepada koleksi-koleksi Malaysiana
terpilih, yang telah didigitasikan yang mana ia merangkumi bahan-bahan seperti
koleksi Manuskrip Melayu, Buku Nadir, Koleksi Peribadi, terbitan-terbitan PNM
dan sebagainya.
Subscribe to:
Posts (Atom)