Aktiviti Membaca
GERAKAN TABIAT MEMBACA
PROGRAM
NILAM
1. LATAR BELAKANG
Beberapa
kajian dan dapatan kajian telah menunjukkan bahawa taraf membaca di kalangan
rakyat Malaysia masih rendah.
1.1
Kajian mengenai tabiat membaca yang dijalankan oleh Perpustakaan Negara Malaysia
pada tahun 1996 (melalui Frank Small & Associates) menunjukkan adanya
perbezaan ketara antara kadar literasi dan tabiat membaca:
a.
Kadar literasi negara mencapai 93 % manakala mereka yang membaca buku
hanya 87 % sahaja.
b.
Rakyat Malaysia membaca dua buah buku setahun.
1.2
Pihak UNESCO yang membuat anggaran tahap literasi setiap 5 tahun
menganggarkan tahap literasi rakyat Malaysia bagi tahun 1995 ialah 84 %.
2. RASIONAL
Suatu
tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan
budaya ilmu. Cara utama membina budaya
ilmu dalam sesebuah masyarakat ialah melalui amalan tabiat membaca yang
berterusan.
3. ASAS PERTIMBANGAN
3.1
Keupayaan membaca seseorang bermula sejak dilahirkan.
3.2
Amalan membaca di kalangan murid masih di tahap yang rendah.
3.3
Sikap anggota masyarakat yang tidak mendorong kepada pembacaan seseorang.
3.4
Budaya suka membaca merupakan satu keadaan di mana wujudnya sebuah
masyarakat yang mencapai suatu tahap amalan dan minat membaca yang sejati. Ia boleh menghidupkan masyarakat sebagai
suatu golongan aktif yang padu dari segi personaliti dan rohani serta maju dan
matang dari segi mental dan fizikal.
4. PENDEKATAN
Pendekatan
yang wajar diambil dalam pembinaan tabiat membaca mesti berupa paksaan
yang berterusan.
4.1 Sasaran
Semua
murid Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di seluruh negara. Pelaksanaan program ini adalah secara
berterusan bermula dengan Tahun 1 (SR) pada tahun 1998 dan Tingkatan 1 (SM)
pada tahun 1999 sehingga penglibatan sepenuhnya murid-murid sekolah rendah dan
menengah pada tahun 2003.
JADUAL PELAKSANAAN – TAHAP JAUHARI
Tahun
|
Sekolah Rendah
|
Sekolah Menengah
|
1998
|
Tahun 1
|
-
|
1999
|
Tahun 1 & 2
|
Tingkatan 1
|
2000
|
Tahun 1, 2 &
3
|
Tingkatan 1 & 2
|
2001
|
Tahun 1, 2, 3
& 4
|
Tingkatan 1, 2 & 3
|
2002
|
Tahun 1, 2, 3, 4
& 5
|
Tingkatan 1, 2, 3 & 4
|
2003
|
Tahun 1, 2, 3,
4, 5 & 6
|
Tingkatan 1, 2, 3, 4 & 5
|
JADUAL PELAKSANAAN – TAHAP RAKAN
PEMBACA
Tahun
|
Pelaksanaan
|
2001
|
Bermula bagi
semua Sekolah Rendah
|
2002
|
Bermula bagi
semua Sekolah Menengah
|
2003
|
Beroperasi
sepenuhnya bagi semua Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah
|
4.2 Aktiviti Galakan
Membaca
Aktiviti-aktiviti
yang telah dilaksanakan dengan jayanya di sekolah-sekolah perlu diterus dan
diperluaskan. Usaha ini perlulah
disokong dengan pelbagai promosi melalui media massa serta penglibatan
tokoh-tokoh ilmuan, profesional, hiburan, sukan dan politik.
4.3 Bahan Bacaan
Bahan
bacaan yang wajar digunakan ialah koleksi buku-buku PSS. Selain PSS, bahan bacaan boleh diperoleh
daripada Perpustakaan Awam, Perpustakaan Desa, meminjam daripada kawan, hak
persendirian dan lain-lain.
4.4 Masa
Kebanyakan
latihan membaca itu dilakukan dalam masa yang singkat dan tidak berterusan.
Disarankan supaya cadangan-cadangan di bawah ini dapat dilaksanakan :-
a.
Dimasukkan dalam jadual waktu, satu waktu dalam pelajaran bahasa.
b.
Diberi masa khas – 10 minit sebelum dan selepas waktu sekolah dan waktu
rehat.
c.
Menggunakan waktu pengajaran bahasa di Kelas Peralihan.
d.
Ditekan dan digalakkan penggunaan masa senggang untuk membaca.
e. Diteruskan pelbagai aktiviti membaca seperti ulasan buku dan waktu-waktu
lain yang bersesuaian.
4.5 Pusat Sumber Sekolah
PSS
menjadi nadi penggerak aktiviti membaca.
Kejayaan Program NILAM banyak
bergantung kepada pengurusan PSS yang cekap.
PSS harus berfungsi sebagai pusat
ilmu, pusat penemuan, pusat pengajaran-pembelajaran, pusat
profesional serta pusat hubungan sosial. Ia memerlukan prasarana yang
dibangunkan dari segi keselesaan dan bahan bacaan yang sesuai dan mencukupi.
4.6 Penglibatan Ibu Bapa
Aktiviti
membaca di sekolah akan menjadi lebih aktif dan berkesan sekiranya ada
kesinambungan di rumah. Ibu bapa
seharusnya menjadi model dan sumber inspirasi kepada anak-anak. Di samping memberi galakan dan dorongan
secara berterusan, ibu bapa juga perlu meluangkan masa membaca bersama
anak-anak dalam persekitaran rumah yang berorientasikan bacaan.
5. PROGRAM NILAM
Pelbagai
program dan aktiviti membaca telah dan sedang dijalankan di sekolah-sekolah
sehingga kini. Kementerian Pelajaran
Malaysia telah mencadangkan satu program yang menggabungkan kesemua aktiviti
membaca yang dinamakan NILAM.
NILAM - Nadi ILmu Amalan Membaca
NILAM
merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang pernah
dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Program ini merupakan satu pendekatan untuk
mengatasi masalah-masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca.
6. MATLAMAT
Matlamat
program NILAM ialah supaya terbina tabiat membaca di kalangan murid-murid.
7. OBJEKTIF
Pelaksanaan
program membina tabiat membaca ialah untuk:-
7.1
Menjadikan murid banyak membaca.
7.2
Mengalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi
menyemai tabiat membaca.
8. TAHAP NILAM
Program
NILAM mempunyai dua tahap, iaitu:
8.1 Tahap
Jauhari
a. Membina kemahiran dan
menanam minat membaca sehingga terbina satu tabiat.
b.
Aktiviti menjurus kepada penguasaan kemahiran membaca serta memupuk
tabiat membaca yang berterusan.
c.
Murid mula mengikuti aktiviti sebaik sahaja mereka menguasai kemahiran
asas membaca :-
i.
Pertengahan Tahun 1 bagi murid sekolah rendah
ii.
Murid Tingkatan 1 bagi sekolah
menengah
d. Pada kebiasaannya murid meminjam pada kadar sebuah buku dalam dua
minggu. Dengan pengiraan tersebut,
kemampuan murid membaca sepanjang tahun dapat diklasifikasikan seperti
berikut:-
SEKOLAH RENDAH
Tahun
|
Asas
|
Sederhana
|
Tinggi
|
Tertinggi
|
1
|
9 x
1 = 9
|
9 x
1 = 9
|
18 x
1.5 = 27
|
18 x
2 = 36
|
2
|
18 x
1 = 18
|
18 x
2 = 36
|
18 x
3 = 54
|
18 x
4 = 72
|
3
|
18 x
1 = 18
|
18 x
2 = 36
|
18 x
3 = 54
|
18 x
4 = 72
|
4
|
18 x
1 = 18
|
18 x
2 = 36
|
18 x
3 = 54
|
18 x
4 = 72
|
5
|
18 x
1 = 18
|
18 x
2 = 36
|
18 x
3 = 54
|
18 x
4 = 72
|
6
|
18 x
0.5 = 9
|
18 x
2 = 9
|
18 x
1.5 = 27
|
18 x
2 = 36
|
Jumlah
|
90
|
180
|
270
|
360
|
SEKOLAH MENENGAH
Tingkatan
|
Asas
|
Sederhana
|
Tinggi
|
Tertinggi
|
1
|
18 x
1 = 18
|
18 x
2 = 36
|
18 x
3 = 54
|
18 x
4 = 72
|
2
|
18 x
1 = 18
|
18 x
2 = 36
|
18 x
3 = 54
|
18 x
4 = 72
|
3
|
18 x
0.5 = 9
|
18 x
1 = 18
|
18 x
1.5 = 27
|
18 x
2 = 36
|
4
|
18 x
1 = 18
|
18 x
2 = 36
|
18 x
3 = 54
|
18 x
4 = 72
|
5
|
18 x
0.5 = 9
|
18 x
1 = 18
|
18 x
1.5 = 27
|
18 x
2 = 36
|
Jumlah
|
72
|
144
|
216
|
288
|
8.2 Tahap
Rakan Pembaca
a. Membantu percambahan penyertaan murid dan percambahan penggunaan bahan
dalam gerakan membaca.
b. Mengutamakan aspek kepimpinan dalam aktiviti membaca - murid mempunyai
sifat kepimpinan dan berupaya memimpin dan menarik minat murid lain.
c. Setelah membaca 100 buah buku murid layak memasuki ke tahap ini (Walau
bagaimanapun aktiviti Tahap Jauhari masih diteruskan).
d. Proses di Tahap Rakan Pembaca (RP) ini ialah pelajar RP menerima panduan
daripada Guru Pembimbing yang dikhaskan untuk mereka.
e. Murid dilatih melalui bengkel dan sesi tunjuk cara yang dirancang untuk
menjayakan aktiviti ini.
f.
Pelbagai aktiviti boleh dijalankan, antaranya:-
i.
Bercerita
ii.
Membaca Bersama
iii.
Bicara Buku
iv.
Meminjam Buku
v.
Ulasan Buku, dsb.
g.
Markah minimum adalah 3 dan maksimum adalah 5 bagi setiap sesi.
h.
Contoh pengiraan markah bagi aktiviti seperti di atas ialah :-
i.
Bercerita 1
sesi x 5
pendengar = 5 markah
ii.
Membaca Bersama 1
sesi x 3
pembaca = 3 markah
iii.
Bicara Buku 1 sesi x 5 pendengar = 5 markah
iv.
Meminjam Buku 1
buku x 5 peminjam = 5
markah
Jumlah
Markah = 18 markah
j.
Markah hendaklah dikira secara kumulatif dari Tahun 1 hingga Tahun 6
untuk Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 hingga 5 bagi Sekolah Menengah.
9. ELEMEN PROGRAM
NILAM
Terdapat
3 elemen dalam Program NILAM, iaitu Rekod Membaca atau Aktiviti, Pengesahan
Pembacaan dan Pengiktirafan.
9.1
Rekod Membaca
atau Rekod Aktiviti
a. Setiap murid wajib mempunyai Buku Rekod Membaca (BRM) untuk Tahap
Jauhari. Murid-murid yang melayakkan
diri ke Tahap Rakan Pembaca perlu mempunyai Buku Rekod Aktiviti Rakan Pembaca
(BRARP).
b.
Pihak sekolah bertanggungjawab membekalkan BRM dan BRARP kepada semua
murid.
c.
Setiap buku yang dibaca, murid akan membuat sinopsis dalam BRM mengikut
format yang ditentukan (sila rujuk buku berkenaan). Manakala murid yang menjalankan aktiviti
Rakan Pembaca perlu merekodkan sesi berkenaan dalam BRARP mengikut format yang
ditentukan (sila rujuk buku berkenaan).
9.2
Pengesahan
Pembacaan
a.
Tahap Jauhari - semua guru boleh mengesahkan
rekod membaca murid dengan menurunkan tandatangan dan tarikh disahkan.
b.
Tahap Rakan Pembaca – semua guru pembimbing akan mengesahkan rekod bagi
kelompok berkenaan.
9.3
Pengiktirafan
a.
Sistem
Ganjaran Jauhari :-
(Jumlah bacaan atau buku perlu dikira secara kumulatif,
iaitu Tahun 1 – 6 untuk
sekolah rendah dan Tingkatan 1 – 5 untuk sekolah menengah)
TAHAP
JAUHARI – SEKOLAH RENDAH
Jumlah Bacaan/ Buku
|
Pengiktirafan
|
||
90
|
-
|
179
|
Gangsa
|
180
|
-
|
269
|
Perak
|
270
|
-
|
359
|
Emas
|
360
|
-
|
Ke atas
|
NILAM
|
TAHAP
JAUHARI – SEKOLAH
MENENGAH
Jumlah Bacaan/ Buku
|
Pengiktirafan
|
||
72
|
-
|
143
|
Gangsa
|
144
|
-
|
215
|
Perak
|
216
|
-
|
287
|
Emas
|
288
|
-
|
Ke atas
|
NILAM
|
b.
Sistem
Ganjaran Tahap Rakan Pembaca :-
(Jumlah markah perlu dikira secara kumulatif, iaitu
Tahun 1 – 6 untuk sekolah rendah dan Tingkatan 1 – 5 untuk sekolah menengah)
TAHAP RAKAN
PEMBACA
SEKOLAH MENENGAH
& RENDAH
Jumlah Markah
|
Pengiktirafan
|
||
100
|
-
|
199
|
Gangsa
|
200
|
-
|
299
|
Perak
|
300
|
-
|
399
|
Emas
|
400
|
-
|
Ke atas
|
NILAM
|
c.
Pengiktirafan
Secara Keseluruhan :-
i.
Tahunan – pencapaian Program NILAM direkodkan dalam buku kemajuan murid.
ii.
Keseluruhan – sijil dikeluarkan selepas 6 tahun di sekolah rendah dan 5
tahun di sekolah menengah.
iii.
Ganjaran – murid yang berjaya menamatkan
Program NILAM berkeistimewaan untuk pemilihan ke Sekolah Kawalan, Sekolah
Berasrama Penuh, Penajaan Biasiswa dan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi.
10. KAWALAN
Sekolah
membentuk satu mekanisme pengurusan program membaca di sekolah. Masa ditetapkan mengikut jadual yang
ditentukan oleh pihak sekolah. Semua
bacaan (Tahap Jauhari) dan aktiviti (Tahap Rakan Pembaca) perlu direkodkan dan
diurus secara sistematik.
10.1
Rekod
Bacaan Individu
a.
Rekod bacaan disediakan sebagai dokumen pembacaan murid. Di samping itu, pengisian
rekod melatih murid mengingati nama pengarang dan judul buku yang dibaca.
b.
Rekod bacaan dibina dalam bentuk yang mudah diisi supaya tidak menjadi
satu bebanan dan tidak memakan masa yang panjang untuk membuat catatan. Murid diberi peluang untuk menulis atau
membuat lakaran. Diharapkan dengan cara
ini mereka seronok merekod bacaan masing-masing.
10.2
Rekod
Bacaan Kelas dan Tingkatan atau Tahun
a.
Rekod bacaan kelas disediakan sebagai dokumen pembacaan setiap kelas
untuk memudahkan pihak PSS dan Jawatankuasa Gerakan Tabiat Membaca membuat
pemantauan. Rekod ini akan disimpan
secara berpusat di PSS di akhir tahun bagi memudahkan pengesanan maklumat
pembacaan terperinci apabila diperlukan (sila
rujuk Lampiran 1, 2, & 3).
10.3
Rekod
Bacaan Sekolah
a.
Rekod bacaan sekolah dibuat pada pertengahan dan akhir tahun. Segala maklumat mengenai pembacaan direkodkan
dan dihantar ke PSPN melalui PKG (sila rujuk Lampiran 4).
11.
JAWATANKUASA
GERAKAN TABIAT MEMBACA
SEKOLAH
Setiap
staf sekolah memainkan peranan penting dalam pelaksanaan Program NILAM. Setiap individu mempunyai peranan dan
tanggungjawab tertentu.
SEKOLAH MENENGAH
PENGERUSI
Pengetua
|
TIMBALAN PENGERUSI
Penolong Kanan
|
NAIB PENGERUSI
Penyelia Petang
PK Hal Ehwal Murid
PK Kokurikulum
|
PENYELARAS PROGRAM
Guru Perpustakaan &
Media
|
SETIAUSAHA
Guru Program NILAM
(dipilih oleh Pengetua)
|
PENOLONG SETIAUSAHA
Guru Penolong Program NILAM
Sesi Pagi – 1 orang
Sesi Petang – 1 orang
(dipilih oleh Guru Besar)
|
AHLI JAWATANKUASA
Ketua-Ketua Bidang
Guru-Guru Kaunseling
Setiausaha Akademik
Guru Perpustakaan
Guru-Guru Kanan Panitia Mata
Pelajaran
Penyelaras-Penyelaras
Tingkatan
Guru-Guru Pembimbing Rakan
Membaca
Guru Pemulihan
Wakil PIBG
|
SEKOLAH RENDAH
PENGERUSI
Guru Besar
|
TIMBALAN PENGERUSI
Penolong Kanan
|
NAIB PENGERUSI
Penyelia Petang
PK Hal Ehwal Murid
PK Kokurikulum
|
PENYELARAS PROGRAM
Guru Perpustakaan &
Media
|
SETIAUSAHA
Guru Program NILAM
(dipilih oleh Guru Besar)
|
PENOLONG SETIAUSAHA
Guru Penolong Program NILAM
Sesi Pagi – 1 orang
Sesi Petang – 1 orang
(dipilih oleh Guru Besar)
|
AHLI JAWATANKUASA
Guru-Guru Bimbingan
Guru Perpustakaan
Setiausaha Akademik
Guru-Guru Kanan Panitia Mata
Pelajaran
Penyelaras-Penyelaras Tahun
Guru-Guru Pembimbing Rakan
Membaca
Guru Pemulihan
Wakil PIBG
|
Peranan
dan senarai tugas Jawatankuasa Gerakan Tabiat Membaca Sekolah adalah seperti
berikut :-
11.1
PENGERUSI PROGRAM
– PENGETUA / GURU
BESAR
a.
Memahami dasar dan matlamat program.
b.
Memberi taklimat kepada guru dan ibu bapa.
c.
Memastikan pelaksanaan program berjalan lancar melalui :-
i.
seliaan
ii.
perjumpaan dengan guru
iii.
temubual dengan murid dan ibu bapa
d.
Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Gerakan Membaca peringkat
sekolah.
e.
Menggerakkan guru-guru untuk menjayakan program.
f.
Mengamati masalah, kelemahan dan kejayaan program.
g.
Menyusun dan menentukan jadual pelaksanaan program.
h.
Menentukan koleksi bahan bacaan yang mencukupi.
i.
Menentukan kursus dan seminar yang berkaitan dengan bacaan untuk
disertai oleh guru-guru.
j.
Menentukan pihak yang layak mengesah dan menandatangani rekod bacaan
murid.
11.2 PENYELARAS PROGRAM
– GURU PERPUSTAKAAN
DAN MEDIA
a.
Memahami dasar dan matlamat program.
b.
Menyelaras Aktiviti Galakan Membaca yang memperkukuhkan Program NILAM.
c.
Memberi taklimat kepada murid.
d.
Memastikan pelaksanaan Program NILAM berjalan lancar melalui pemantauan,
perjumpaan dengan guru serta temubual dengan murid dan ibu bapa.
e.
Mengamati masalah, kelemahan dan kejayaan program.
f.
Menyediakan pangkalan data maklumat berkaitan.
g.
Menyelaraskan pengurusan data (pengisian, pengumpulan dan analisis).
11.3 SETIAUSAHA
– GURU PROGRAM NILAM
a.
Menyimpan rekod, minit mesyuarat dan surat-menyurat.
b.
Menyelaras perjalanan mesyuarat dan hal-hal berkaitan.
c.
Menjadi urusetia untuk Anugerah NILAM peringkat sekolah.
d.
Menguruskan pengedaran Buku Rekod Bacaan Tahap Jauhari dan Buku Rekod
Aktiviti Rakan Pembaca.
e.
Menyimpan rekod penjualan/ pengedaran Buku Rekod Bacaan Tahap Jauhari
dan Buku Rekod Aktiviti Rakan Pembaca untuk Tahap Rakan Pembaca.
f.
Menguruskan data rekod bacaan dan rekod aktiviti di peringkat sekolah.
g.
Menyediakan laporan berkala dan laporan tahunan bertulis untuk
dikemukakan kepada PKG dan PSPN.
11.4
KETUA BIDANG/ GURU
KANAN/ KETUA PANITIA MATA
PELAJARAN
a.
Membantu pihak sekolah dalam pemilihan bahan bacaan untuk pelajar.
b.
Merancang dan menyelaras aktiviti pengajaran-pembelajaran yang menjurus
ke arah pembacaan berkualiti.
c.
Menggalak dan membimbing murid untuk membaca secara intensif.
d.
Mengesah dan menandatangani Buku Rekod Membaca.
e.
Membantu Penyelaras Program bagi menganjurkan Aktiviti Galakan Membaca
peringkat sekolah.
11.5
GURU PERPUSTAKAAN
a.
Memilih, menggred, menyedia dan mengedarkan bahan bacaan.
b.
Mengagihkan buku secara pinjaman berkelompok (bulk loan).
c.
Menyedia dan mengemaskini Sudut NILAM di PSS.
d.
Menyelaras penyimpanan dan pengedaran Buku Rekod Membaca menerusi
Penyelaras Tingkatan/ Tahun atau Guru Kelas.
e.
Mengesah dan menandatangani Buku Rekod Membaca.
f.
Membantu Penyelaras Program bagi menganjurkan Aktiviti Galakan Membaca
peringkat sekolah.
g.
Menyelaras penyimpanan Buku Rekod Membaca dan Buku Rekod Aktiviti bagi
tujuan pemilihan Tokoh Jauhari/ Tokoh Rakan Pembaca/ Anugerah NILAM.
11.6
KAUNSELOR PELAJAR/
GURU BIMBINGAN
a.
Membantu guru kelas di dalam menangani murid yang mengalami masalah
pembacaan.
b.
Memberi motivasi kepada murid pemulihan untuk membaca seberapa banyak
buku.
c.
Merangka dan melaksanakan Program Motivasi Pembacaan.
d.
Mengesah dan menandatangani Buku Rekod Membaca.
e.
Menyediakan Rekod Bacaan Khas bagi murid-murid yang dibantu untuk
ditampal di Bilik Bimbingan & Kaunseling dan Sudut NILAM.
f.
Membantu Penyelaras Program bagi menganjurkan Aktiviti Galakan Membaca
peringkat sekolah.
11.7 PENYELARAS TINGKATAN/
TAHUN
a.
Menyelaras dan mengumpulkan data bagi setiap kelas.
b.
Membantu menjual dan mengedar Buku Rekod Membaca.
c.
Mengesah dan menandatangani Buku Rekod Membaca.
d.
Membantu Penyelaras Program bagi menganjurkan Aktiviti Galakan Membaca
peringkat sekolah.
11.8 GURU TINGKATAN/
KELAS
a.
Menyediakan dan mengemaskini sudut bacaan/ Sudut NILAM di dalam kelas.
b.
Menyemak dan merekod data bacaan murid.
c.
Menyimpan dan mengemaskini rekod bacaan murid.
d.
Menyediakan Rekod Bacaan Kelas untuk ditampal di papan kenyataan kelas.
e.
Mengedarkan Buku Rekod Membaca dan Buku Rekod Aktiviti kepada murid.
f.
Mengesah dan menandatangani Buku Rekod Membaca.
g.
Membantu Penyelaras Program bagi menganjurkan Aktiviti Galakan Membaca
peringkat sekolah.
11.9
GURU PEMBIMBING
RAKAN PEMBACA
a.
Menguruskan hal-hal berkaitan Tahap Rakan Pembaca – senarai guru pembimbing, senarai murid mengikut kelompok dll.
b.
Menyelaras dan membimbing aktiviti Tahap Rakan Pembaca mengikut
kelompok.
c.
Menyelaras dan mengumpulkan data bagi setiap sesi Tahap Rakan Pembaca.
d.
Membantu menjual dan mengedar Buku Rekod Aktiviti.
e.
Mengesah dan menandatangani Buku Rekod Aktiviti.
f.
Membantu Penyelaras Program bagi menganjurkan Aktiviti Galakan Membaca
peringkat sekolah.
11.10 GURU PEMULIHAN
a.
Membantu guru kelas di dalam menangani murid yang mengalami masalah pembacaan.
b.
Mengalakkan murid pemulihan membaca seberapa banyak buku.
c.
Menyediakan Rekod Bacaan Khas murid pemulihan untuk ditampal di papan kenyataan kelas.
d.
Mengesah dan menandatangani Buku Rekod Membaca.
e.
Membantu Penyelaras Program bagi menganjurkan Aktiviti Galakan Membaca
peringkat sekolah.
11.11 PERSATUAN IBU
BAPA DAN GURU
(PIBG)
a.
Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Gerakan Tabiat Membaca Sekolah
(Jemputan).
b.
Menjadi pengantara untuk menyampaikan idea melalui aktiviti-aktiviti
PIBG.
c.
Memastikan Ibu bapa membimbing dan menggalakkan anak-anak membaca di
rumah.
d.
Menggalakkan anak-anak membuat pinjaman bahan bacaan dari sumber lain
(Perpustakaan Awam, Perpustakaan Bergerak, dll.).
e.
Menyediakan bahan bacaan yang sesuai di rumah.
f.
Memastikan anak-anak sentiasa mempunyai bahan bacaan untuk dibaca dan
merekodkan bacaan.
g.
Membantu pihak sekolah dari segi kewangan dan Dana Buku.
h.
Berkhidmat sebagai agen kepada penglibatan institusi lain.
11.12 AGENSI KERAJAAN/
SWASTA DLL.
a.
Memberi sumbangan buku untuk PSS, Sudut Bacaan Kelas, dsb.
b.
Menaja Program Bacaan Sekolah seperti Bacaton, dsb.
c.
Memberi ceramah tentang Program NILAM (Kemahiran Membaca, Literasi Maklumat,
dll.).
11.13 MURID
– MURID
a.
Membaca buku sebanyak yang mungkin.
b.
Menentukan bahan bacaan yang dibaca itu direkodkan.
c.
Sentiasa memastikan mempunyai bahan bacaan tidak kira di mana sahaja.
d.
Mendapatkan bahan bacaan daripada pelbagai sumber.
e.
Memastikan tahap pembacaan yang telah ditetapkan untuk pengiktirafan
dicapai.
f.
Menjadi Rakan Pembaca bagi mereka yang layak dan berkeyakinan.
g.
Mengendali dan merekodkan sesi/ aktiviti untuk Tahap Rakan Pembaca.
12.
STRATEGI PELAKSANAAN
Program
NILAM yang dilaksanakan di sekolah memerlukan satu strategi yang berkesan. Langkah-langkah berikut perlu dijalankan oleh
pihak sekolah untuk semua warga sekolah memahami dan menghayati program ini.
12.1
Satu Buku Panduan Pengurusan & Pelaksanaan Program NILAM perlu
disediakan mengikut kesesuaian sekolah.
Perkara-perkara berikut perlu disediakan dengan jelas dalam buku panduan
tersebut :-
a.
Jenis aktiviti dan cara pelaksanaannya
b.
Peranan warga sekolah
c.
Penglibatan ibu bapa
d.
Jenis bahan bacaan
e.
Spesifikasi bacaan
f.
Rekod bacaan
g.
Pengesanan dan penilaian
h.
Lain-lain
12.2
Menubuhkan Jawatankuasa Gerakan Tabiat Membaca peringkat sekolah.
12.3
Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Gerakan Tabiat Membaca peringkat
sekolah (sekurang-kurangnya 3 kali setahun) :-
a. Januari -
Mesyuarat
Perancangan dan Pentadbiran
b. Jun - Mesyuarat Pelaksanaan dan Penilaian
c. Oktober -
Mesyuarat Penilaian dan Rumusan
12.4
Menyediakan Pelan Tindakan (sila rujuk Lampiran 5) dan Carta Gantt
Program NILAM (sila rujuk Lampiran 6).
12.5
Menjalankan Program Perkembangan Staf (Boleh diuruskan oleh pihak sekolah ataupun
mendapat bantuan Jurulatih Daerah/ Negeri/ Kebangsaan PSS) :-
a.
Program Konsep dan Pelaksanaan Program NILAM
b.
Program Pemantapan Program NILAM
c.
Aktiviti
Galakan Membaca (sila rujuk Lampiran 7)
d.
Bengkel Program NILAM
e.
Taklimat dan Pendedahan NILAM kepada guru
f.
Taklimat dan Pendedahan NILAM kepada pelajar
dalam perhimpunan
g.
Taklimat dan Pendedahan NILAM kepada Ibu bapa
melalui Surat Pekeliling, Mesyuarat Agung PIBG atau program khas)
12.6 Menyedia dan mengedarkan Jadual Waktu Program
Nilam (disediakan oleh Ketua Panitia Bahasa).
Waktu ini boleh digunakan oleh guru bahasa dan guru-guru mata pelajaran
lain. Antara aktiviti yang boleh
dijalankan ialah :-
a.
Kemahiran Membaca
b.
Modul Pengajaran-Pembelajaran PSS
c.
Aktiviti Galakan Membaca
d.
Literasi Maklumat, dll.
12.7 Menyedia dan
mengedarkan Buku Rekod Membaca untuk Tahap Jauhari kepada semua murid.
12.8
Menyedia dan mengedarkan Buku Rekod Aktiviti kepada murid-murid yang
layak memasuki Tahap Rakan Pembaca.
12.9
Melaksanakan Program NILAM mengikut buku panduan.
12.10
Menjalankan Kem NILAM/ Hari Anugerah NILAM dan lain-lain pada setiap tahun
untuk memberi pengiktirafan kepada murid.
12.11
Membimbing dan memantau Program NILAM dari semasa ke semasa.
12.12
Mengumpul data mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Bahagian Teknologi
Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
12.13
Menghantar data ke Pusat Kegiatan Guru (PKG).
12.14
Menilai dan memantapkan Program NILAM.
13.
PENGGREDAN BUKU
Penggredan
buku bertujuan menentukan kesesuaian buku dengan tahap kebolehan membaca
murid-murid. Proses penggredan buku
hendaklah dijalankan seperti berikut :-
13.1
Jawatankuasa Kerja PSS menentukan kriteria menggred buku. Di antara perkara-perkara yang diambil kira
ialah :-
a.
Kesukaran perkataan yang digunakan.
b.
Bidang ilmu
c.
Bahasa
d.
Muka surat
13.2
Buku yang digredkan perlu ditentukan cara mengenalinya, iaitu cara yang
mudah ialah dengan melekatkan tanda warna yang ditentukan oleh pihak PSS. Tanda warna dilekatkan pada kulit buku dan
kad pinjaman.
14.
KOLEKSI PSS
- KARYA-KARYA BESAR
(GREAT WORKS)
14.1 Definisi - Karya-karya yang berjaya
meninggalkan kesan seni, ilmu, falsafah, budaya dan sosial yang kekal dalam
kesedaran dan ingatan pembaca. Unsur
dalam karya ini merangkumi mutu, nilai ketamadunan dan nilai kemanusiaan di
dalam karya ini.
14.2 Contoh-contoh Karya Besar :-
a. Bahasa Melayu – Puteri Gunung Ledang, Hikayat
Hang Tuah, Sejarah Melayu,
Pak Pandir, Mat Jenin, Mahsuri, Salina, Salah Asuhan, Syair Siti Zubaidah,
Ranjau Sepanjang Jalan dan lain-lain.
b. Bahasa Inggeris – The Prince, Utophia, King Arthur and Knights of the Round Table, Cinderella,
Beauty and The Beast, Ugly Duckling, Hamlet, Harry Potter, The Merchant of
Venice dan lain-lain.
15.
PENGUMPULAN DATA
Pengumpulan
data adalah satu perkara yang amat penting dalam pelaksanaan Program
NILAM. Data bacaan setiap murid perlu
dikumpulkan bagi membolehkan laporan kemajuan bacaan dibuat.
15.1
Penggunaan Buku Rekod Membaca :-
a.
Digunakan oleh guru bahasa (Waktu NILAM) dan guru mata pelajaran lain.
b.
Selepas habis membaca buku, murid mestilah merekod dalam Buku rekod
Membaca.
c.
Semua guru hendaklah mengesahkan setiap rekod membaca yang ditulis oleh
murid :-
i. Buku Fiksyen – disahkan oleh guru bahasa
ii. Buku Bukan Fiksyen – disahkan oleh guru mata pelajaran
d.
Hanya rekod yang disahkan oleh guru diambil kira dalam Program NILAM.
15.2
Pengumpulan Data NILAM oleh Guru Kelas :-
a.
Mengumpulkan Buku Rekod Membaca pada akhir bulan.
b.
Memastikan setiap Buku Rekod Membaca telah disemak oleh guru-guru.
c.
Mengisi butiran dalam Borang Rekod Bacaan Kelas.
d.
Mempamerkan butiran Rekod Bacaan Kelas di papan notis kelas.
e.
Menyerahkan salinan Rekod Bacaan Kelas kepada Penyelaras Tingkatan/
Tahun.
f.
Memberi galakan membaca kepada pelajar yang tidak/ kurang membaca.
g.
Menjalankan tugas NILAM dari bulan Januari hingga Oktober.
h.
Pada akhir tahun persekolahan, pencapaian keseluruhan murid hendaklah
dicatatkan ke dalam (guna stamp) :-
i. Buku Rekod Kemajuan
Murid
ii. Kad 001
iii. Surat Akuan
iv.
Sijil Berhenti Sekolah
v.
Buku Bukan Fiksyen – disahkan oleh guru mata pelajaran
15.3
Pengumpulan Data oleh Penyelaras Tingkatan/ Tahun :-
a.
Mengutip semua Rekod Bacaan Kelas daripada Guru Kelas pada Minggu
Pertama bulan berikutnya.
b.
Menganalisis data.
c.
Menyerahkan salinan Rekod Bacaan dan Senarai Rakan Pembaca Tingkatan/
Tahun kepada Guru Program NILAM.
d.
Mempamerkan Rekod Bacaan Tingkatan/ Tahun di papan notis NILAM.
e.
Menjalankan tugas NILAM dari bulan Februari hingga November.
f.
Memberi galakan membaca kepada kelas yang kurang membaca.
15.4
Pengumpulan Data oleh Guru Program NILAM :-
a.
Mengutip rumusan Rekod Bacaan Kelas daripada Penyelaras Program pada Minggu
kedua bulan berikutnya.
b.
Menganalisis data.
c.
Menyediakan Laporan Status dan Pencapaian NILAM sekolah.
d.
Mempamerkan Statistik dan Geraf Laporan Status dan Pencapaian NILAM
sekolah di papan notis Sudut NILAM.
e.
Menjalankan tugas NILAM dari bulan Januari hingga November.
f.
Memberi galakan membaca kepada kelas yang kurang membaca.
No comments:
Post a Comment