DASAR PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS)
PENGENALAN
Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP)
bertanggungjawab sepenuhnya dalam pembangunan Pusat Sumber Sekolah.
Pusat Sumber Sekolah merupakan pusat mengakses maklumat mengandungi
pelbagai sumber bahan cetak, bukan cetak, dan digital yang diurus secara
sistematik bagi meningkatkan kualiti proses pengajaran dan
pembelajaran.
Pengurusan Pusat Sumber Sekolah
merangkumi elemen perolehan dan pemerosesan bahan, perkhidmatan,
pengesanan dan pendokumentasian sesuai dengan kemajuan teknologi
maklumat masa kini.
PERNYATAAN DASAR
Dasar Pengurusan Pusat Sumber Sekolah
diwujudkan untuk memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai koleksi yang
menepati piawaian dan terkini, diurus dengan cekap dan berkesan, dan
digunakan secara optimum bagi meningkatkan kualiti proses pengajaran dan
pembelajaran.
STRATEGI PELAKSANAAN
- Memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai kemudahan fizikal dan infrastruktur yang sesuai dan memenuhi fungsi dan peranannya.
- Memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai koleksi bahan yang menepati piawai dan terkini.
- Memastikan Pusat Sumber Sekolah diuruskan dengan cekap dan berkesan sesuai dengan kemajuan teknologi maklumat masa kini.
- Memastikan Pusat Sumber Sekolah diuruskan oleh Guru Perpustakaan dan Media yang menepati syarat kelayakan dan kriteria yang ditetapkan dalam pekeliling semasa.
- Memastikan Pusat Sumber Sekolah sentiasa meningkatkan usaha untuk melaksanakan aktiviti penggalakan membaca dan literasi maklumat dalam meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran.
ELEMEN PENTING DALAM PUSAT SUMBER SEKOLAH.
1. Pengajaran dan Pembelajaran
2. Akses dan Penyampaian Maklumat
3. Pengurusan Program PSS
Pengurusan Sumber Pendidikan
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia
2012
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete