LITERASI MAKLUMAT

 
LITERASI TEKNOLOGI MAKLUMAT

FOKUS
Latarbelakang
Definisi konsep
Ciri-ciri seseorang yang ‘Information Literate”
Mengapa literasi maklumat penting dan perlu
Model-model Literasi Maklumat
Keperluan Program Literasi Maklumat
Penutup


I.                    LATARBELAKANG

Zaman/Masyarakat Maklumat:
Nilai tinggi pada maklumat
Kemajuan dalam ICT

Persekitaran maklumat berubah dengan cepat daripada:
Cetak ke digital
Setempat ke antarabangsa
Selamat kepada tidak menentu
Tiada/kurang kepada terlalu banyak (information explosion)
Perkhidmatan ke ‘self-service

“In this age, power accrues to those who can ride and guide the
torrent of information available”
Michael Riordon and Lilian Hoddeson (1997)

II.                  DEFINISI – KONSEP

Sejak tahun 60’an pelbagai istilah:
Automasi Perpustakaan
Pengajaran Perpustakaan
Pengajaran Bibliografik
Pendidikan Pembaca

Tahun 90’an:
Kemahiran Belajar
Pengajaran Kemahiran Maklumat

Literasi Maklumat

LITERASI:Keupayaan untuk membaca/dapat makna daripadaperkataan.
LITERASI MAKLUMAT:
Keupayaan mendapat makna daripada maklumat.

“People trained in the application of information resources to their work…….
They have learned techniques and skills for utilizing the wide range
of information tools as well as primary sources in molding information
– solutions to their problems
Paul Zurkowski National Commission of Libraries and Information Sciences 1974.

INFORMATION LITERACY:

The ability to find and use information - is the keystone of lifelong learning”
(Keupayaan untuk mengakses menilai dan mengguna maklumat dari pelbagai sumber)
Doyle,C(1994)

Apa dia akses?
Mengenalpasti keperluan
Bertanyakan soalan berhubung dengan keperluan
Mengenalpasti sumber maklumat
Menyediakan strategi pencarian
Mengesan maklumat –cetak dan ‘technology-based’

Apa dia penilaian?
Memilih dan menilai maklumat
Menentukan kewibawaan
Menentukan ketepatan dan kesesuaian
Mengenalpasti pandangan dan fakta
Buang maklumat salah/mengelirukan
Cipta idea bagi menggantikan maklumat salah/kurang tepat

Apa dia penggunaan?
Mengurus maklumat untuk aplikasi praktikal
Sepadukan maklumat baru dengan maklumat sedia ada
Aplikasi maklumat dalam pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah
Komunikasi dan menggunakan maklumat dengan berkesan

Rumusan
Kemahiran Maklumat:
1.      Keupayaan mendapatkan maklumat yang relevan sesuai dan berguna dengan berkesan dan cekap.
2.      Mengolah data kepada maklumat dan ilmu yang berguna untuk kepentingan sejagat dan dapat menyelesai masalah dan buat keputusan.

III.                 Ciri-ciri seseorang yang “Information-Literate”

                                                              i.      Mengakses maklumat secara efisien dan berkesan.
                                                            ii.      Menilai maklumat secara kritis dan cekap.
                                                          iii.      Mengguna maklumat secara kreatif dan berkesan.
                                                           iv.      Berusaha mendapatkan maklumat berhubung dengan kepentingan peribadi, akademik dan kerjaya.
                                                             v.      Menghargai dan seronok dengan bahan-bahan sastra dan penulisan kreatif.
                                                           vi.      Berusaha ke arah kecemerlangan dalam mendapatkan maklumat dan penjanaan ilmu.
                                                         vii.      Menyedari kepentingan maklumat dalam masyarakat demokratik.
                                                       viii.      Mengamalkan tingkahlaku yang baik (etika) berhubung dengan maklumat dan IT.
                                                           ix.      Mengambil bahagian secara berkesan dalam kumpulan bagi mendapatkan maklumat dan menjana ilmu.

Pelajar yang berjaya dalam “information-rich and technology-based world of today and tomorrow” adalah pelajar-pelajar yang ada:
Literasi Pembacaan    - Pembaca tekun dan berkebolehan
Literasi Teknologi       - Pengguna alat-alat teknologi yang canggih pelajar yang terus belajar
Literasi Maklumat      - Pengurus maklumat
- Pemikir yang kritis
- Dpat berhubung dengan berkesan
- Pengguna maklumat yang bertanggungjawab

IV.  MENGAPA LITERASI MAKLUMAT PENTING DAN PERLU?

                                                              i.      Polisi dan pembangunan negara
                                                            ii.      Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan (k-ekonomi)
                                                          iii.      Memperkukuhkan pembangunan sumber manusia untuk menghasilkan tenaga manusia berpengetahuan
                                                           iv.      Kerajaan menghendaki seluruh rakyatnya mempelajari, memahami dan menguasai pengetahuan mengenai “Information Technology” (IT)
                                                             v.      Perkembangan dalam KPM :
- Matlamat Pendidikan Negara ialah melahirkan insan yang
- beriman, berakhlak mulia, berilmu, berterampilan dan sejahtera
- Konsep Pengajaran dan Pembelajaran Bestari yang berpusatkan pelajar dan dipermudahkan dengan bantuan ICT
- Pembangunan ICT dalam pendidikan

Kemahiran Maklumat perlu untuk hidup dan bersaing dalam dunia dan ekonomi global yang terlalu bergantung kepada maklumat belajar berdikari secara beransur-ansur untuk menghayati konsep pendidikan seumur hidup Penyumbang kepada pencapaian negara – K-Masyarakat dan KEkonomi

A NATION PREPARED
“People …… will not come to the workplace knowing all they have to know, but knowing how to figure out what they need to know, where to get it, and how to make meaning out of it.”
Thompson, Helen M and Henley, Susan A (2000)

V. MODEL-MODEL LITERASI MAKLUMAT

1981    - British Library Research Model (9 langkah)
1988    - Stripling and Pitts Research Process Model (10 langkah)
1994    - Kuhlthau Model of the Information Search Process (8 langkah)
1994    - The PLUS Model by Herring
1995    - Stripling Thoughtful Learning Style (7 langkah)
1996- Eisenberg and Berkowitz “The Big Six Skills” mudah digunakan


The Big Six Skills Model
Pendekatan/langkah Penyelidikan:
           
1.  Menentukan Tugasan/keperluan
1.1 Tentukan tujuan
1.2 Tentukan masalah, tanya soalan
1.3 Tentukan keperluan maklumat berhubung dengan masalah
1.4 Gambarkan dengan tepat skop sesuatu topik
1.5 Kaitkan dengan pengetahuan sedia ada
1.6 Buat gambaran/Peta minda

2.  Menstrategi proses mengesan sumber
2.1 Tentukan kepelbagaian sumber yang mungkin ada
2.2 Memahami bahawa bahan elektronik seperti Laman Web dan CDR adalah pelengkap kepada bahan cetak
2.3 Nilai dan pilih sumber yang mungkin sesuai mengikut keperluan

3.  Lokasi dan Akses
3.1 Mengesan sumber maklumat (fisikal dan intelektual)
3.2 Cari maklumat daripada sumber
3.3 Perlu ada kemahiran perpustakaan membaca, belajar dan ICT
4.  Mengguna Maklumat
4.1 Terlibat secara aktif (membaca,mendengar,melihat,melayari Laman Web)
4.2 Mendapatkan maklumat daripada sumber
4.3 Perlu ada kemahiran membaca, menulis, belajar dan ICT

5.  Sintesis (sepadukan maklumat yang diperolehi daripada pelbagai sumber)
5.1 Menyusun maklumat daripada
- menguna bahan dengan gaya sendiri
- guna “Critical-Thinking Skills”
5.2 Menyampaikan maklumat
- ubahsuai maklumat mengikut format penyampai
- berkomunikasi dengan tepat, mengambilkira media,mesej dan penonton

6. Penilaian (kritis)
6.1 Nilai keberkesanan produk kajian
6.2 Nilai keberkesanan dan keefisienan proses penyelesaian masalah yang dijalankan

IV. APA YANG PERLU BAGI MELAKSANAKAN PROGRAM LITERASI MAKLUMAT DI SEKOLAH?

                                                  i.            Kurikulum berpusatkan pelajar
                                                ii.            Aktiviti-aktiviti penyelesaian masalah
                                              iii.            Pengajaran dan Pembelajaran berasaskan sumber (RBL)
                                               iv.            Pengajaran Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK)
                                                 v.            Akses kepada kepelbagaian teknologi
                                               vi.            Pengalaman pembelajaran secara ‘hands-on’
                                             vii.            Kurikulum Bersepadu
                                           viii.            Kolaboratif antara Penyelaras PSS dan Guru-guru matapelajaran

Soalan :
Bagaimana kita pastikan pelajar-pelajar kita ‘Information Literate’?
Bagaimana boleh kita ajar mereka untuk menjadi pengguna ilmu yang berkesan?

Jawapan:
Rancang dan ajar Kemahiran Maklumat samada secara:
1.      Kaedah Berasing (Stand Alone Method)
2.      Kaedah Integrasi (dicadangkan kerana ia lebih berkesan)

VI. PENUTUP

Kemahiran maklumat perlu diajar secara bersepadu dalam matapelajaran. Dengan menggunakan pelbagai sumber di Pusat Sumber Sekolah Guru PSS perlu:
                                                              i.      Kerjasama (collaborate) dengan guru-guru matapelajaran
                                                            ii.      Cari sumber untuk guru-guru dan pelajar-pelajar berhubung dengan pakar di seluruh dunia
                                                          iii.      Menyediakan perkhidmatan dan kemudahan kemudahan teknologi yang diperlukan untuk mengakses maklumat bagi mewujudkan komuniti yang ‘information literate’
                                                           iv.      Mendidik pelajar cara menguruskan sumber maklumat
                                                             v.      Tunjuk kepada pelajar cara melayari maklumat dari pangkalan data

AN INFORMATION LITERATE PERSON HAS “LEARNED TO LEARN”
An information-literate person follows steps or a path when learning
new information.

PUSAT KEGIATAN GURU BATU 38
SABAK BERNAM, SELANGOR


Rujukan berkaitan :

http://bibliografi.moe.edu.my/SumberPendidikan/index.php/faqs/213-literasi-maklumat.pdf

No comments:

Post a Comment