NILAM




Aktiviti Membaca 



GERAKAN  TABIAT  MEMBACA

PROGRAM  NILAM


1.            LATAR  BELAKANG

Beberapa kajian dan dapatan kajian telah menunjukkan bahawa taraf membaca di kalangan rakyat Malaysia masih rendah.

1.1               Kajian mengenai tabiat membaca yang dijalankan oleh Perpustakaan Negara Malaysia pada tahun 1996 (melalui Frank Small & Associates) menunjukkan adanya perbezaan ketara antara kadar literasi dan tabiat membaca:
a.        Kadar literasi negara mencapai 93 % manakala mereka yang membaca buku hanya 87 % sahaja.
b.        Rakyat Malaysia membaca dua buah buku setahun.

1.2               Pihak UNESCO yang membuat anggaran tahap literasi setiap 5 tahun menganggarkan tahap literasi rakyat Malaysia bagi tahun 1995 ialah 84 %.



2.            RASIONAL 

Suatu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu.  Cara utama membina budaya ilmu dalam sesebuah masyarakat ialah melalui amalan tabiat membaca yang berterusan.



3.            ASAS  PERTIMBANGAN

3.1               Keupayaan membaca seseorang bermula sejak dilahirkan.

3.2               Amalan membaca di kalangan murid masih di tahap yang rendah.

3.3               Sikap anggota masyarakat yang tidak mendorong kepada pembacaan  seseorang.

3.4               Budaya suka membaca merupakan satu keadaan di mana wujudnya sebuah masyarakat yang mencapai suatu tahap amalan dan minat membaca yang sejati.  Ia boleh menghidupkan masyarakat sebagai suatu golongan aktif yang padu dari segi personaliti dan rohani serta maju dan matang dari segi mental dan fizikal.

4.            PENDEKATAN

Pendekatan yang wajar diambil dalam pembinaan tabiat membaca mesti berupa paksaan yang berterusan.


4.1          Sasaran

Semua murid Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di seluruh negara.  Pelaksanaan program ini adalah secara berterusan bermula dengan Tahun 1 (SR) pada tahun 1998 dan Tingkatan 1 (SM) pada tahun 1999 sehingga penglibatan sepenuhnya murid-murid sekolah rendah dan menengah pada tahun 2003.

JADUAL  PELAKSANAAN – TAHAP  JAUHARI

Tahun

Sekolah Rendah

Sekolah Menengah
1998
Tahun 1
-
1999
Tahun 1 & 2
Tingkatan 1
2000
Tahun 1, 2 & 3
Tingkatan 1 & 2
2001
Tahun 1, 2, 3 & 4
Tingkatan 1, 2 & 3
2002
Tahun 1, 2, 3, 4 & 5
Tingkatan 1, 2, 3 & 4
2003
Tahun 1, 2, 3, 4, 5 & 6
Tingkatan 1, 2, 3, 4 & 5


JADUAL  PELAKSANAAN – TAHAP  RAKAN  PEMBACA

Tahun

Pelaksanaan
2001
Bermula bagi semua Sekolah Rendah
2002
Bermula bagi semua Sekolah Menengah
2003
Beroperasi sepenuhnya bagi semua Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah


4.2          Aktiviti Galakan Membaca

Aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan dengan jayanya di sekolah-sekolah perlu diterus dan diperluaskan.  Usaha ini perlulah disokong dengan pelbagai promosi melalui media massa serta penglibatan tokoh-tokoh ilmuan, profesional, hiburan, sukan dan politik.






4.3          Bahan Bacaan

Bahan bacaan yang wajar digunakan ialah koleksi buku-buku PSS.  Selain PSS, bahan bacaan boleh diperoleh daripada Perpustakaan Awam, Perpustakaan Desa, meminjam daripada kawan, hak persendirian dan lain-lain.


4.4          Masa

Kebanyakan latihan membaca itu dilakukan dalam masa yang singkat dan tidak berterusan. Disarankan supaya cadangan-cadangan di bawah ini dapat dilaksanakan :-  
a.             Dimasukkan dalam jadual waktu, satu waktu dalam pelajaran bahasa.
b.            Diberi masa khas – 10 minit sebelum dan selepas waktu sekolah dan waktu rehat.
c.             Menggunakan waktu pengajaran bahasa di Kelas Peralihan.
d.            Ditekan dan digalakkan penggunaan masa senggang untuk membaca.
e.    Diteruskan pelbagai aktiviti membaca seperti ulasan buku dan waktu-waktu lain yang bersesuaian.


4.5          Pusat Sumber Sekolah

PSS menjadi nadi penggerak aktiviti membaca.  Kejayaan Program            NILAM banyak bergantung kepada pengurusan PSS yang cekap.  PSS  harus berfungsi sebagai pusat ilmu, pusat penemuan, pusat                pengajaran-pembelajaran, pusat profesional serta pusat hubungan sosial.             Ia memerlukan prasarana yang dibangunkan dari segi keselesaan dan bahan bacaan yang sesuai dan mencukupi.


4.6          Penglibatan Ibu Bapa

Aktiviti membaca di sekolah akan menjadi lebih aktif dan berkesan sekiranya ada kesinambungan di rumah.  Ibu bapa seharusnya menjadi model dan sumber inspirasi kepada anak-anak.  Di samping memberi galakan dan dorongan secara berterusan, ibu bapa juga perlu meluangkan masa membaca bersama anak-anak dalam persekitaran rumah yang berorientasikan bacaan.






5.            PROGRAM  NILAM

Pelbagai program dan aktiviti membaca telah dan sedang dijalankan di sekolah-sekolah sehingga kini.  Kementerian Pelajaran Malaysia telah mencadangkan satu program yang menggabungkan kesemua aktiviti membaca yang dinamakan NILAM.

NILAM -              Nadi ILmu Amalan Membaca

NILAM merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai.  Program ini merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah-masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca.



6.            MATLAMAT 

Matlamat program NILAM ialah supaya terbina tabiat membaca di kalangan              murid-murid.



7.            OBJEKTIF

Pelaksanaan program membina tabiat membaca ialah untuk:-

7.1               Menjadikan murid banyak membaca.

7.2               Mengalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.



8.            TAHAP  NILAM

Program NILAM mempunyai dua tahap, iaitu:

8.1          Tahap Jauhari
a.        Membina kemahiran dan menanam minat membaca sehingga terbina satu tabiat.
b.            Aktiviti menjurus kepada penguasaan kemahiran membaca serta memupuk tabiat membaca yang berterusan.



c.             Murid mula mengikuti aktiviti sebaik sahaja mereka menguasai kemahiran asas membaca :-
i.          Pertengahan Tahun 1 bagi murid sekolah rendah
ii.         Murid Tingkatan 1  bagi sekolah menengah
d.        Pada kebiasaannya murid meminjam pada kadar sebuah buku dalam dua minggu.  Dengan pengiraan tersebut, kemampuan murid membaca sepanjang tahun dapat diklasifikasikan seperti berikut:-


SEKOLAH  RENDAH

Tahun

Asas

Sederhana

Tinggi

Tertinggi
1
9 x 1 =  9
9 x 1 =  9
18 x 1.5 = 27
18 x 2 = 36
2
18 x 1 = 18
18 x 2 = 36
18 x 3 = 54
18 x 4 = 72
3
18 x 1 = 18
18 x 2 = 36
18 x 3 = 54
18 x 4 = 72
4
18 x 1 = 18
18 x 2 = 36
18 x 3 = 54
18 x 4 = 72
5
18 x 1 = 18
18 x 2 = 36
18 x 3 = 54
18 x 4 = 72
6
18 x 0.5 = 9
18 x 2 =   9
18 x 1.5 = 27
18 x 2 = 36

Jumlah

90

180

270

360


SEKOLAH  MENENGAH

Tingkatan

Asas

Sederhana

Tinggi

Tertinggi
1
18 x 1 = 18
18 x 2 = 36
18 x 3 = 54
18 x 4 = 72
2
18 x 1 = 18
18 x 2 = 36
18 x 3 = 54
18 x 4 = 72
3
18 x 0.5 =  9
18 x 1 = 18
18 x 1.5 = 27
18 x 2 = 36
4
18 x 1 = 18
18 x 2 = 36
18 x 3 = 54
18 x 4 = 72
5
18 x 0.5 =  9
18 x 1 = 18
18 x 1.5 = 27
18 x 2 = 36

Jumlah

72

144

216

288


8.2          Tahap Rakan Pembaca
a.     Membantu percambahan penyertaan murid dan percambahan penggunaan bahan dalam gerakan membaca.
b.   Mengutamakan aspek kepimpinan dalam aktiviti membaca - murid mempunyai sifat kepimpinan dan berupaya memimpin dan menarik minat murid lain.
c.           Setelah membaca 100 buah buku murid layak memasuki ke tahap ini (Walau bagaimanapun aktiviti Tahap Jauhari masih diteruskan).
d.         Proses di Tahap Rakan Pembaca (RP) ini ialah pelajar RP menerima panduan daripada Guru Pembimbing yang dikhaskan untuk mereka.
e.          Murid dilatih melalui bengkel dan sesi tunjuk cara yang dirancang untuk menjayakan aktiviti ini.
f.              Pelbagai aktiviti boleh dijalankan, antaranya:-
i.               Bercerita
ii.             Membaca Bersama
iii.            Bicara Buku
iv.           Meminjam Buku
v.             Ulasan Buku, dsb.
g.             Markah minimum adalah 3 dan maksimum adalah 5 bagi setiap sesi.
h.            Contoh pengiraan markah bagi aktiviti seperti di atas ialah :-
i.               Bercerita                                      1 sesi     x      5 pendengar          =     5 markah
ii.             Membaca Bersama                 1 sesi     x      3 pembaca              =     3 markah
iii.            Bicara Buku     1 sesi                 x              5 pendengar                  =     5 markah
iv.           Meminjam Buku                      1 buku x       5 peminjam            =     5 markah
                                                                                    Jumlah Markah             =  18 markah
j.              Markah hendaklah dikira secara kumulatif dari Tahun 1 hingga Tahun 6 untuk Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 hingga 5 bagi Sekolah Menengah.



9.            ELEMEN  PROGRAM  NILAM

Terdapat 3 elemen dalam Program NILAM, iaitu Rekod Membaca atau Aktiviti, Pengesahan Pembacaan dan Pengiktirafan.


9.1               Rekod Membaca atau Rekod Aktiviti
a.     Setiap murid wajib mempunyai Buku Rekod Membaca (BRM) untuk Tahap Jauhari.  Murid-murid yang melayakkan diri ke Tahap Rakan Pembaca perlu mempunyai Buku Rekod Aktiviti Rakan Pembaca (BRARP).
b.            Pihak sekolah bertanggungjawab membekalkan BRM dan BRARP kepada semua murid.
c.             Setiap buku yang dibaca, murid akan membuat sinopsis dalam BRM mengikut format yang ditentukan (sila rujuk buku berkenaan).  Manakala murid yang menjalankan aktiviti Rakan Pembaca perlu merekodkan sesi berkenaan dalam BRARP mengikut format yang ditentukan (sila rujuk buku berkenaan).


9.2               Pengesahan Pembacaan
a.             Tahap Jauhari - semua guru boleh mengesahkan rekod membaca murid dengan menurunkan tandatangan dan tarikh disahkan.
b.            Tahap Rakan Pembaca – semua guru pembimbing akan mengesahkan rekod bagi kelompok berkenaan.

9.3               Pengiktirafan

a.            Sistem Ganjaran Jauhari :-
(Jumlah bacaan atau buku perlu dikira secara kumulatif, iaitu                  Tahun 1 – 6 untuk sekolah rendah dan Tingkatan 1 – 5 untuk sekolah menengah)


TAHAP  JAUHARI    SEKOLAH  RENDAH

Jumlah Bacaan/ Buku

Pengiktirafan
90
-
179
Gangsa
180
-
269
Perak
270
-
359
Emas
360
-
Ke atas
NILAM


TAHAP  JAUHARI    SEKOLAH  MENENGAH

Jumlah Bacaan/ Buku

Pengiktirafan
72
-
143
Gangsa
144
-
215
Perak
216
-
287
Emas
288
-
Ke atas
NILAM


b.            Sistem Ganjaran Tahap Rakan Pembaca :-
(Jumlah markah perlu dikira secara kumulatif, iaitu Tahun 1 – 6 untuk sekolah rendah dan Tingkatan 1 – 5 untuk sekolah menengah)


TAHAP  RAKAN  PEMBACA
SEKOLAH  MENENGAH  &  RENDAH

Jumlah Markah

Pengiktirafan
100
-
199
Gangsa
200
-
299
Perak
300
-
399
Emas
400
-
Ke atas
NILAM







c.             Pengiktirafan Secara Keseluruhan :-
i.               Tahunan – pencapaian Program NILAM direkodkan dalam buku kemajuan murid.
ii.             Keseluruhan – sijil dikeluarkan selepas 6 tahun di sekolah rendah dan 5 tahun di sekolah menengah.
iii.            Ganjaran – murid yang berjaya menamatkan Program NILAM berkeistimewaan untuk pemilihan ke Sekolah Kawalan, Sekolah Berasrama Penuh, Penajaan Biasiswa dan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi.



10.          KAWALAN

Sekolah membentuk satu mekanisme pengurusan program membaca di sekolah.  Masa ditetapkan mengikut jadual yang ditentukan oleh pihak sekolah.  Semua bacaan (Tahap Jauhari) dan aktiviti (Tahap Rakan Pembaca) perlu direkodkan dan diurus secara sistematik.


10.1            Rekod Bacaan Individu
a.             Rekod bacaan disediakan sebagai dokumen pembacaan murid.                     Di samping itu, pengisian rekod melatih murid mengingati nama pengarang dan judul buku yang dibaca.
b.            Rekod bacaan dibina dalam bentuk yang mudah diisi supaya tidak menjadi satu bebanan dan tidak memakan masa yang panjang untuk membuat catatan.  Murid diberi peluang untuk menulis atau membuat lakaran.  Diharapkan dengan cara ini mereka seronok merekod bacaan masing-masing.


10.2            Rekod Bacaan Kelas dan Tingkatan atau Tahun
a.             Rekod bacaan kelas disediakan sebagai dokumen pembacaan setiap kelas untuk memudahkan pihak PSS dan Jawatankuasa Gerakan Tabiat Membaca membuat pemantauan.  Rekod ini akan disimpan secara berpusat di PSS di akhir tahun bagi memudahkan pengesanan maklumat pembacaan terperinci apabila diperlukan (sila rujuk Lampiran 1, 2, & 3).


10.3            Rekod Bacaan Sekolah
a.             Rekod bacaan sekolah dibuat pada pertengahan dan akhir tahun.  Segala maklumat mengenai pembacaan direkodkan dan dihantar         ke PSPN melalui PKG (sila rujuk Lampiran 4).


11.               JAWATANKUASA  GERAKAN  TABIAT  MEMBACA  SEKOLAH

Setiap staf sekolah memainkan peranan penting dalam pelaksanaan Program NILAM.  Setiap individu mempunyai peranan dan tanggungjawab tertentu. 


SEKOLAH  MENENGAH

PENGERUSI
Pengetua

TIMBALAN PENGERUSI
Penolong Kanan

NAIB PENGERUSI
Penyelia Petang
PK Hal Ehwal Murid
PK Kokurikulum


PENYELARAS PROGRAM
Guru Perpustakaan & Media
SETIAUSAHA
Guru Program NILAM
(dipilih oleh Pengetua)

PENOLONG SETIAUSAHA
Guru Penolong                     Program NILAM
Sesi Pagi – 1 orang
Sesi Petang – 1 orang
(dipilih oleh Guru Besar)

AHLI JAWATANKUASA
Ketua-Ketua Bidang
Guru-Guru Kaunseling
Setiausaha Akademik
Guru Perpustakaan
Guru-Guru Kanan Panitia Mata Pelajaran
Penyelaras-Penyelaras Tingkatan
Guru-Guru Pembimbing Rakan Membaca
Guru Pemulihan
Wakil PIBG

 














































SEKOLAH  RENDAH

PENGERUSI
Guru Besar

TIMBALAN PENGERUSI
Penolong Kanan

NAIB PENGERUSI
Penyelia Petang
PK Hal Ehwal Murid
PK Kokurikulum


PENYELARAS PROGRAM
Guru Perpustakaan & Media

SETIAUSAHA
Guru Program NILAM
(dipilih oleh Guru Besar)

PENOLONG SETIAUSAHA
Guru Penolong                      Program NILAM
Sesi Pagi – 1 orang
Sesi Petang – 1 orang
(dipilih oleh Guru Besar)

AHLI JAWATANKUASA
Guru-Guru Bimbingan
Guru Perpustakaan
Setiausaha Akademik
Guru-Guru Kanan Panitia Mata Pelajaran
Penyelaras-Penyelaras Tahun
Guru-Guru Pembimbing Rakan Membaca
Guru Pemulihan
Wakil PIBG

 







































Peranan dan senarai tugas Jawatankuasa Gerakan Tabiat Membaca Sekolah adalah seperti berikut :-


11.1   PENGERUSI  PROGRAM    PENGETUA /  GURU  BESAR
a.             Memahami dasar dan matlamat program.
b.            Memberi taklimat kepada guru dan ibu bapa.
c.             Memastikan pelaksanaan program berjalan lancar melalui :-
i.               seliaan
ii.             perjumpaan dengan guru
iii.            temubual dengan murid dan ibu bapa
d.            Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Gerakan Membaca peringkat sekolah.
e.            Menggerakkan guru-guru untuk menjayakan program.
f.              Mengamati masalah, kelemahan dan kejayaan program.
g.             Menyusun dan menentukan jadual pelaksanaan program.
h.            Menentukan koleksi bahan bacaan yang mencukupi.
i.               Menentukan kursus dan seminar yang berkaitan dengan bacaan untuk disertai oleh guru-guru.
j.              Menentukan pihak yang layak mengesah dan menandatangani rekod bacaan murid.


11.2        PENYELARAS  PROGRAM    GURU  PERPUSTAKAAN  DAN  MEDIA 
a.             Memahami dasar dan matlamat program.
b.            Menyelaras Aktiviti Galakan Membaca yang memperkukuhkan Program NILAM.
c.             Memberi taklimat kepada murid.
d.            Memastikan pelaksanaan Program NILAM berjalan lancar melalui pemantauan, perjumpaan dengan guru serta temubual dengan murid dan ibu bapa.
e.            Mengamati masalah, kelemahan dan kejayaan program.
f.              Menyediakan pangkalan data maklumat berkaitan.
g.             Menyelaraskan pengurusan data (pengisian, pengumpulan dan analisis).












11.3        SETIAUSAHA – GURU  PROGRAM  NILAM
a.             Menyimpan rekod, minit mesyuarat dan surat-menyurat.
b.            Menyelaras perjalanan mesyuarat dan hal-hal berkaitan.
c.             Menjadi urusetia untuk Anugerah NILAM peringkat sekolah.
d.            Menguruskan pengedaran Buku Rekod Bacaan Tahap Jauhari dan Buku Rekod Aktiviti Rakan Pembaca.
e.            Menyimpan rekod penjualan/ pengedaran Buku Rekod Bacaan Tahap Jauhari dan Buku Rekod Aktiviti Rakan Pembaca untuk Tahap Rakan Pembaca.
f.              Menguruskan data rekod bacaan dan rekod aktiviti di peringkat sekolah.
g.             Menyediakan laporan berkala dan laporan tahunan bertulis untuk dikemukakan kepada PKG dan PSPN.


11.4            KETUA  BIDANG/ GURU  KANAN/ KETUA  PANITIA  MATA  PELAJARAN
a.             Membantu pihak sekolah dalam pemilihan bahan bacaan untuk pelajar.
b.            Merancang dan menyelaras aktiviti pengajaran-pembelajaran yang menjurus ke arah pembacaan berkualiti.
c.             Menggalak dan membimbing murid untuk membaca secara intensif.
d.            Mengesah dan menandatangani Buku Rekod Membaca.
e.            Membantu Penyelaras Program bagi menganjurkan Aktiviti Galakan Membaca peringkat sekolah.


11.5        GURU  PERPUSTAKAAN
a.             Memilih, menggred, menyedia dan mengedarkan bahan bacaan.
b.            Mengagihkan buku secara pinjaman berkelompok (bulk loan).
c.             Menyedia dan mengemaskini Sudut NILAM di PSS.
d.            Menyelaras penyimpanan dan pengedaran Buku Rekod Membaca menerusi Penyelaras Tingkatan/ Tahun atau Guru Kelas.
e.            Mengesah dan menandatangani Buku Rekod Membaca.
f.              Membantu Penyelaras Program bagi menganjurkan Aktiviti Galakan Membaca peringkat sekolah.
g.             Menyelaras penyimpanan Buku Rekod Membaca dan Buku Rekod Aktiviti bagi tujuan pemilihan Tokoh Jauhari/ Tokoh Rakan Pembaca/ Anugerah NILAM.










11.6        KAUNSELOR  PELAJAR/  GURU  BIMBINGAN
a.             Membantu guru kelas di dalam menangani murid yang mengalami masalah pembacaan.
b.            Memberi motivasi kepada murid pemulihan untuk membaca seberapa banyak buku.
c.             Merangka dan melaksanakan Program Motivasi Pembacaan.
d.            Mengesah dan menandatangani Buku Rekod Membaca.
e.            Menyediakan Rekod Bacaan Khas bagi murid-murid yang dibantu untuk ditampal di Bilik Bimbingan & Kaunseling dan Sudut NILAM.
f.              Membantu Penyelaras Program bagi menganjurkan Aktiviti Galakan Membaca peringkat sekolah.


11.7        PENYELARAS  TINGKATAN/  TAHUN
a.             Menyelaras dan mengumpulkan data bagi setiap kelas.
b.            Membantu menjual dan mengedar Buku Rekod Membaca.
c.             Mengesah dan menandatangani Buku Rekod Membaca.
d.            Membantu Penyelaras Program bagi menganjurkan Aktiviti Galakan Membaca peringkat sekolah.


11.8        GURU  TINGKATAN/  KELAS
a.             Menyediakan dan mengemaskini sudut bacaan/ Sudut NILAM di dalam kelas.
b.            Menyemak dan merekod data bacaan murid.
c.             Menyimpan dan mengemaskini rekod bacaan murid.
d.            Menyediakan Rekod Bacaan Kelas untuk ditampal di papan kenyataan kelas.
e.            Mengedarkan Buku Rekod Membaca dan Buku Rekod Aktiviti kepada murid.
f.              Mengesah dan menandatangani Buku Rekod Membaca.
g.             Membantu Penyelaras Program bagi menganjurkan Aktiviti Galakan Membaca peringkat sekolah.


11.9        GURU  PEMBIMBING  RAKAN PEMBACA
a.             Menguruskan hal-hal berkaitan Tahap Rakan Pembaca – senarai guru pembimbing,  senarai murid mengikut kelompok dll.
b.            Menyelaras dan membimbing aktiviti Tahap Rakan Pembaca mengikut kelompok.
c.             Menyelaras dan mengumpulkan data bagi setiap sesi Tahap Rakan Pembaca.
d.            Membantu menjual dan mengedar Buku Rekod Aktiviti.
e.            Mengesah dan menandatangani Buku Rekod Aktiviti.
f.              Membantu Penyelaras Program bagi menganjurkan Aktiviti Galakan Membaca peringkat sekolah.
11.10     GURU  PEMULIHAN
a.             Membantu guru kelas di dalam menangani murid yang mengalami masalah pembacaan.
b.            Mengalakkan murid pemulihan membaca seberapa banyak buku.
c.             Menyediakan Rekod Bacaan Khas murid pemulihan untuk ditampal               di papan kenyataan kelas.
d.            Mengesah dan menandatangani Buku Rekod Membaca.
e.            Membantu Penyelaras Program bagi menganjurkan Aktiviti Galakan Membaca peringkat sekolah.


11.11     PERSATUAN  IBU  BAPA  DAN  GURU  (PIBG)
a.             Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Gerakan Tabiat Membaca Sekolah (Jemputan).
b.            Menjadi pengantara untuk menyampaikan idea melalui aktiviti-aktiviti PIBG.
c.             Memastikan Ibu bapa membimbing dan menggalakkan anak-anak membaca di rumah.
d.            Menggalakkan anak-anak membuat pinjaman bahan bacaan dari sumber lain (Perpustakaan Awam, Perpustakaan Bergerak, dll.).
e.            Menyediakan bahan bacaan yang sesuai di rumah.
f.              Memastikan anak-anak sentiasa mempunyai bahan bacaan untuk dibaca dan merekodkan bacaan.
g.             Membantu pihak sekolah dari segi kewangan dan Dana Buku.
h.            Berkhidmat sebagai agen kepada penglibatan institusi lain.


11.12     AGENSI  KERAJAAN/  SWASTA  DLL.
a.             Memberi sumbangan buku untuk PSS, Sudut Bacaan Kelas, dsb.
b.            Menaja Program Bacaan Sekolah seperti Bacaton, dsb.
c.             Memberi ceramah tentang Program NILAM (Kemahiran Membaca, Literasi Maklumat, dll.).


11.13     MURID – MURID
a.             Membaca buku sebanyak yang mungkin.
b.            Menentukan bahan bacaan yang dibaca itu direkodkan.
c.             Sentiasa memastikan mempunyai bahan bacaan tidak kira di mana sahaja.
d.            Mendapatkan bahan bacaan daripada pelbagai sumber.
e.            Memastikan tahap pembacaan yang telah ditetapkan untuk pengiktirafan dicapai.
f.              Menjadi Rakan Pembaca bagi mereka yang layak dan berkeyakinan.
g.             Mengendali dan merekodkan sesi/ aktiviti untuk Tahap Rakan Pembaca.


12.               STRATEGI  PELAKSANAAN

Program NILAM yang dilaksanakan di sekolah memerlukan satu strategi yang berkesan.  Langkah-langkah berikut perlu dijalankan oleh pihak sekolah untuk semua warga sekolah memahami dan menghayati program ini.


12.1            Satu Buku Panduan Pengurusan & Pelaksanaan Program NILAM perlu disediakan mengikut kesesuaian sekolah.  Perkara-perkara berikut perlu disediakan dengan jelas dalam buku panduan tersebut :-
a.             Jenis aktiviti dan cara pelaksanaannya
b.            Peranan warga sekolah
c.             Penglibatan ibu bapa
d.            Jenis bahan bacaan
e.            Spesifikasi bacaan
f.              Rekod bacaan
g.             Pengesanan dan penilaian
h.            Lain-lain

12.2   Menubuhkan Jawatankuasa Gerakan Tabiat Membaca peringkat sekolah.

12.3            Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Gerakan Tabiat Membaca peringkat sekolah (sekurang-kurangnya 3 kali setahun) :-
a.        Januari          -  Mesyuarat Perancangan dan Pentadbiran
b.        Jun                 -  Mesyuarat Pelaksanaan dan Penilaian
c.         Oktober       -  Mesyuarat Penilaian dan Rumusan

12.4            Menyediakan Pelan Tindakan (sila rujuk Lampiran 5) dan Carta Gantt Program NILAM (sila rujuk Lampiran 6).

12.5            Menjalankan Program Perkembangan Staf (Boleh diuruskan oleh                    pihak sekolah ataupun mendapat bantuan Jurulatih Daerah/ Negeri/ Kebangsaan PSS) :-
a.             Program Konsep dan Pelaksanaan Program NILAM
b.            Program Pemantapan Program NILAM
c.             Aktiviti Galakan Membaca (sila rujuk Lampiran 7)
d.            Bengkel Program NILAM
e.            Taklimat dan Pendedahan NILAM kepada guru
f.              Taklimat dan Pendedahan NILAM kepada pelajar dalam perhimpunan
g.             Taklimat dan Pendedahan NILAM kepada Ibu bapa melalui Surat Pekeliling, Mesyuarat Agung PIBG atau program khas)





12.6        Menyedia dan mengedarkan Jadual Waktu Program Nilam (disediakan oleh Ketua Panitia Bahasa).  Waktu ini boleh digunakan oleh guru bahasa dan guru-guru mata pelajaran lain.  Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah :-
a.             Kemahiran Membaca
b.            Modul Pengajaran-Pembelajaran PSS
c.             Aktiviti Galakan Membaca
d.            Literasi Maklumat, dll.

12.7        Menyedia dan mengedarkan Buku Rekod Membaca untuk Tahap Jauhari kepada semua murid.

12.8            Menyedia dan mengedarkan Buku Rekod Aktiviti kepada murid-murid yang layak memasuki Tahap Rakan Pembaca.

12.9   Melaksanakan Program NILAM mengikut buku panduan.

12.10        Menjalankan Kem NILAM/ Hari Anugerah NILAM dan lain-lain pada setiap tahun untuk memberi pengiktirafan kepada murid.

12.11        Membimbing dan memantau Program NILAM dari semasa ke semasa.

12.12        Mengumpul data mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

12.13        Menghantar data ke Pusat Kegiatan Guru (PKG).

12.14        Menilai dan memantapkan Program NILAM.



13.               PENGGREDAN  BUKU

Penggredan buku bertujuan menentukan kesesuaian buku dengan tahap kebolehan membaca murid-murid.  Proses penggredan buku hendaklah dijalankan seperti berikut :-

13.1            Jawatankuasa Kerja PSS menentukan kriteria menggred buku.  Di antara perkara-perkara yang diambil kira ialah :-
a.             Kesukaran perkataan yang digunakan.
b.            Bidang ilmu
c.             Bahasa
d.            Muka surat

13.2            Buku yang digredkan perlu ditentukan cara mengenalinya, iaitu cara yang mudah ialah dengan melekatkan tanda warna yang ditentukan oleh pihak PSS.  Tanda warna dilekatkan pada kulit buku dan kad pinjaman.
14.               KOLEKSI  PSS  -  KARYA-KARYA  BESAR  (GREAT  WORKS)

14.1        Definisi - Karya-karya yang berjaya meninggalkan kesan seni, ilmu, falsafah, budaya dan sosial yang kekal dalam kesedaran dan ingatan pembaca.  Unsur dalam karya ini merangkumi mutu, nilai ketamadunan dan nilai kemanusiaan di dalam karya ini.

14.2        Contoh-contoh Karya Besar :-
                a.        Bahasa Melayu – Puteri Gunung Ledang, Hikayat Hang Tuah,             Sejarah Melayu, Pak Pandir, Mat Jenin, Mahsuri, Salina, Salah Asuhan, Syair Siti Zubaidah, Ranjau Sepanjang Jalan dan lain-lain.
                b.        Bahasa Inggeris – The Prince, Utophia, King Arthur and Knights of the Round Table, Cinderella, Beauty and The Beast, Ugly Duckling, Hamlet, Harry Potter, The Merchant of Venice dan lain-lain.



15.               PENGUMPULAN  DATA 

Pengumpulan data adalah satu perkara yang amat penting dalam pelaksanaan Program NILAM.  Data bacaan setiap murid perlu dikumpulkan bagi membolehkan laporan kemajuan bacaan dibuat.

15.1            Penggunaan Buku Rekod Membaca :-
a.             Digunakan oleh guru bahasa (Waktu NILAM) dan guru mata pelajaran lain.
b.            Selepas habis membaca buku, murid mestilah merekod dalam Buku rekod Membaca.
c.             Semua guru hendaklah mengesahkan setiap rekod membaca yang ditulis oleh murid :-
i.          Buku Fiksyen                                         disahkan oleh guru bahasa
ii.         Buku Bukan Fiksyen                            disahkan oleh guru mata pelajaran
d.            Hanya rekod yang disahkan oleh guru diambil kira dalam Program NILAM.

15.2            Pengumpulan Data NILAM oleh Guru Kelas :-
a.             Mengumpulkan Buku Rekod Membaca pada akhir bulan.
b.            Memastikan setiap Buku Rekod Membaca telah disemak oleh guru-guru.
c.             Mengisi butiran dalam Borang Rekod Bacaan Kelas.
d.            Mempamerkan butiran Rekod Bacaan Kelas di papan notis kelas.
e.            Menyerahkan salinan Rekod Bacaan Kelas kepada Penyelaras Tingkatan/ Tahun.
f.              Memberi galakan membaca kepada pelajar yang tidak/ kurang membaca.
g.             Menjalankan tugas NILAM dari bulan Januari hingga Oktober.
h.            Pada akhir tahun persekolahan, pencapaian keseluruhan murid hendaklah dicatatkan ke dalam (guna stamp) :-
i.          Buku Rekod Kemajuan Murid
ii.         Kad 001
iii.        Surat Akuan
iv.           Sijil Berhenti Sekolah
v.             Buku Bukan Fiksyen – disahkan oleh guru mata pelajaran

15.3            Pengumpulan Data oleh Penyelaras Tingkatan/ Tahun :-
a.             Mengutip semua Rekod Bacaan Kelas daripada Guru Kelas pada Minggu Pertama bulan berikutnya.
b.            Menganalisis data.
c.             Menyerahkan salinan Rekod Bacaan dan Senarai Rakan Pembaca Tingkatan/ Tahun kepada Guru Program NILAM.
d.            Mempamerkan Rekod Bacaan Tingkatan/ Tahun di papan notis NILAM.
e.            Menjalankan tugas NILAM dari bulan Februari hingga November.
f.              Memberi galakan membaca kepada kelas yang kurang membaca.

15.4            Pengumpulan Data oleh Guru Program NILAM :-
a.             Mengutip rumusan Rekod Bacaan Kelas daripada Penyelaras Program pada Minggu kedua bulan berikutnya.
b.            Menganalisis data.
c.             Menyediakan Laporan Status dan Pencapaian NILAM sekolah.
d.            Mempamerkan Statistik dan Geraf Laporan Status dan Pencapaian NILAM sekolah di papan notis Sudut NILAM.
e.            Menjalankan tugas NILAM dari bulan Januari hingga November.
f.              Memberi galakan membaca kepada kelas yang kurang membaca.

No comments:

Post a Comment