Pemilihan Tokoh NILAM

PROGRAM PEMILIHAN TOKOH NILAM PKG BATU 38
TAHUN 2012

       Anugerah Tokoh NILAM merupakan pengiktirafan tertinggi Kementerian Pelajaran Malaysia kepada pelajar yang aktif dalam aktiviti galakkan membaca dikalangan murid selaras dengan hasrat negara melahirkan masyarakat bermaklumat dan berpengenatuha menjelang 2020 apabila negara menjadi sebuah negara maju.

       Program Pemilihan Tokoh NILAM meliputi penilaian tahap kemampuan dan pencapaian pelajar dalam aktiviti pembacaan. Program dilaksanakan dalam suasana persaingan yang sihat serta daya usaha untuk membina kekuatan minda dikalangan calon Pemilihan Tokoh NILAM.

Objektif :

- Memberi sokongan kepada sekolah dalam menggerakkan program dan aktiviti galakkan mambaca.
- Meningkatkan minat membaca yang berterusan.
- Melahirkan tokoh murid yang berketrampilan dalam bidang pembacaan.
- Menampilkan murid yang mengamalkan ciri-ciri pembacaan yang berkualiti.

Kriteria Pemilihan calon  :

• Terdiri daripada murid Darjah 5 (Sek. Ren.) dan Tingkatan 4 (Sek. Men.)
• Calon telah membaca lebih dari 360 buah buku (Sekolah Rendah) dan 288 buah buku (Sekolah Menengah)
• Murid yang aktif menjalankan aktiviti Rakan Pembaca dan sekurang-kurangnya telah mendapat markah minimum 50 dalam Tahap Rakan Pembaca
•Mempunyai ciri-ciri kepimpinan, minat membaca yang terserlah dan berkebolehan membimbing dan menarik minat rakan-rakan lain.
• Murid yang telah membaca kadar komposisi buku mengikut bahasa yang seimbang iaitu 60% buku Bahasa Melayu dan 40% buku Bahasa Inggerís.
• Calon telah dipilih oleh sekolah dapat dibuktikan dengan rekod bacaan yang telah disahkan oleh pihak sekolah.


No comments:

Post a Comment