KM1M 2012 & READ 2012


Dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan kerjasama Scholastic Malaysia akan melaksanakan Program Kem Membaca 1Malaysia 2012 (KM1M 2012) dan READ 2012 : One Nation Reading Together. Pelaksanaan dan pelancaran program ini akan diadakan pada 24 Oktober 2012.

Program galakkan tabiat membaca merupakan salah satu aktiviti utama Kementerian Pelajaran Malaysia dimana Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP-BTPN-PKG) adalah sebagai urusetia pelaksanaan program memupuk minat membaca dikalangan pelajar.

Sekolah-sekolah digalakkan mendaftar untuk menyertai program READ 2012 : ONE NATION READING TOGETHER selama 2,012 saat (33.5 minit). Pendaftaran melalui www.readtogether.com.my berakhir pada 30 September 2012. * Rujuk maklumat penyertaan dibawah.

Sekolah akan disumbangkan sebanyak 50 buah buku percuma berserta sijil setelah sekolah menghantar laporan aktiviti berserta gambar kepada pihak Scholastic.

* terhad kepada 2000 penyertaan sahaja

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Pegawai Teknologi Pendidikan PKG berhampiran.
Maklumat Penyertaan KM1M 2012 Surat Pelaksanaan KM1M 2012 Surat Pencalonan KM1M 2012

No comments:

Post a Comment